Monday, February 2, 2009

Welcome 2009!!!

Wishing everybody a Happy New Year. Harap pada tahun 2009 ini segala azam baru akan terlaksana dan sudah tentu tahun ini diharapkan akan
lebih baik dari tahun2 yg terdahulu. Terlebih dahulu sukacita ingin saya menyampaikan pada anda semua blog ini adalah bertujuan untuk meluahkan idea2 yg dapat dikongsi bersama, membincangkan isu2 dalam dan luar negara, dan bermacam2 lagi agar kita semua dapat berkongsi ilmu, cerita2 menarik seperti lawak jenaka sbg hiburan.


Sebelum saya pergi lebih jauh ingin saya mengingatkan para pembaca semua supaya kita beristighfar dan bersyukur atas nikmat dan kurniaan Allah S.W.T krn kita masih diberi peluang untuk menghirup uda
ra segar di bumi ciptaan-Nya. Kita sering alpa dgn nikmat rezeki yg dikurniakan oleh Allah S.W.T walhal semua itu hanyalah sementara. Bila2 sahaja ianya akan ditarik, entah esok atau lusa kita akan meninggalkan dunia yg fana ini. Justeru, bersama lah kita ingat mengingati supaya kita sedar akan betapa kerdilnya dan singkatnya hidup yg hanaya dipinjamkan sementara oleh Allah S.W.T.

"Hidup ini ibarat roda, ada masa kita di atas dan ada masa kita akan di bawah

-Willy-
Saudara/Saudari,
Hidup yg dipinjamkan ini sebenarnya hanyalah singkat tetapi singkat mana tiada sesiapapun dapat meramalkannya. Entah esok/lusa tiada siapa yg tahu. Oleh itu, suka atau tidak kita harus lah kita sama2 menempuhinya..Saya sendiri sedar x sedar..eh sudah menjangkau 25 thn pd 2009 ini..tapi fikir punya fikir..eh, apa yg aku dh buat ya selama aku hidup di dunia ini?? Cukupkah amalan aku?? Sudah cukupkah bakti kepada org tua ku?? hmm..masa berlalu terlalu pantas..mungkin inilah salah satu tujuan aku menulis blog ini agar semua perkara2 penting boleh aku catitkan buat tatapan diriku.

Kalau dulu, aku masih ingat Ustaz kat sekolah aku cakap, "Masa itu bukan umpama emas, tp anggaplah masa itu umpama ais/air batu!!" Lantas aku tertanya dlm diriku...apakah maksudnya..?? Oh benar juga kata ustaz aku, ais kalau kita biarkan lama kelamaan akan lebur..jadi garaplah sebanyak mana masa yg ada dgn benda2 berfaedah.. Seharusnya kita isi masa lapang dgn perkara2 berfaedah. Tak perlulah nak disebut atau disenaraikan satu per satu apa jenis2 aktiviti berfaedah.. masing2 dh dewasa dan pandai menggunakan akal fikiran.

Kadang2 aku tertawa kecil jugak ada sesetengah org sering menggunakan istilah "Life is too short, so let's Enjoy!!" maybe utk
memotivasikan diri mereka..tapi kalau difikirkan secara logik akal nya lah anda2 semua mmg layak menikmati kehidupan di dunia ini, bukan tak boleh nak enjoy langsung tp kenalah dgn cara yg betul dan yg paling penting jgn sampai berboros dah ler..

"Banyak cara dan faedah2 nya kalau kita berjimat dan menggunakan duit pada tempat yg sepatutnya.."

hurm..apo nak dikato jang oii..bukan sonang nak cari duit ha..kalau dulu aku tgok bapa aku pergi-pulang dr kerja, itu belom kira dia ambil OT lagi.
Eish,
mmg berkerja keras betul org tua kita semua kan jd ingat2 lh ya kwn2 semua..bukan senang nak cari duit dan bukannya susah pon duit tue nak abis..hehe..adalah hamba Allah nie mmg gelabah gile kalau kat poket tggal RM50 padahal banyak lg dan masih cukup sgt kalau untuk belanja beberapa hari.. mcm tue lah kalau tak pernah rasa apa yg org kurang bernasib baik rasa..dlm masa yg sama aku pon musykil jugak..kenapa ya kat Malaysia nie ramai org yg senang2 tp masih ramai jugak yg perlukan bantuan.

Bila aku usulkan perkara nie dgn kawan baik aku korg tau tak dia cakap apa..?? Will, kau tak boleh fikir satu angle sahaja.." Ingat nie, org kaya akan terus berusaha mengumpul harta dan dgn itu harta terkumpul akan lbey banyak..tetapi org miskin lbey redha dan pasrah dgn apa yg dikurniakan. Tersentak aku, lama gak aku fikir2..ada betulnya juga. Tapi lumrah hidup manusia ya agaknya..bila dh senang dia akan lupa pd kisah2 atau waktu beliau susah. Ha, bila sebut pasal kemiskinan nie lah aku nak berkongsi sedikit ttg pelayaran aku ke Cambodia pd tahun 2005.

-WELCOME to Sihanoukville, Cambodia-

Org kita lebih senang menyebutnya dgn nama Kemboja. Tak kisah lah Cambodia/Kemboja ..bg aku perjalanan dan persinggahan aku mmg bermakna sebab bukan mudah nak dapat kesempatan ke tempat2 org nie..mlainkan kalau kita berduit memang mudah la nak ke mana2.. Setau aku perjalanan ke sana pon tak begitu lama. Kalau

Pg tue Captain aku mempelawa aku utk teman dia ke Pejabat Urusan agent kami..jd debak debuk siap semua urusan kami pon pergilah membeli belah..alah, setakat di Duty Free shop yg mmg mempelawa aneka barangan/cenderamata..Wah, aku ngan Captain aku pon apa lg, masing2 rambang mata lah tak tau apa brg yg nak dibeli utk bawa balik ke Malaysia nnt. Pusing punya pusing Captain aku pggil.."Will sini jap, tolong aku pegang barang jap, aku dh jumpa faveret aku nie. Hehe, aku ingat apalah barang yg dia cari rupanya dia punya faveret drink, JACK DANIELS (JD) tapi aku tak tau plak kalau kat Malaysia ada jual yg botol besar tong air suling yg kita selalu minum kat Office tue..not the exact size but almost lah..

Pendekkan cerita dh selesai shopping beliau (Captain) ajak aku pergi mengisi perut yg mmg dari pg td tak ada isi (buang ade lah). So cakap kat driver tue suh dia bawa kami ke tempat Seafood. Beliau nie mmg hantu seafood. Ada satu kes tue beliau di rumahnya Kajang dan jam masa tue pukul 12mlm. Beliau kebosanan lantas beliau hidupkan enjin kereta, kejutkan bini, bawak masuk anak2 yg dh tdo ke dlm kereta dan..zzzuuuppp!!! ke mana?? Ya Allah, beliau ke Penang rupanya semata2 utk makan seafood..hehe aku terfikir jugak kalau nnt aku dh kahwin agak2 takde aktiviti dan isteri pulak "mendera jepang"..emm buat mcm beliau nie je lah..

So sampai kat tempat yg kami nak lepak tue..beliau pon pggil org ambil order apa smua, kami makan sekali dgn driver walaupun dia punya sendawa mcm dh makan 3 pinggan je pg td..hehe. So makan punya makan lah sambil "cuci mata"..bukan apa tempat kami lepak tue tepi pantai so tak tau pulak time dtg tue mmg ramai org akan santai2 kat ctu. Peh..ramai jugak Minah2 Salleh dtg bercuti kat situ. Apa pun adala dlm 2 jam kami spend masa kat ctu..bual2 ngan driver dan kwn2 dia yg dtg kononnya nak kecek Beliau suruh dia belanja makan sekali.


Sedang kami lepak2 sambil Beliau buat some jokes dtg seorg budak kecil yg kusut masai penampilannya. Lantas terdetik kat hati aku "Anak sapa nie, manalah mak ayah dia..ada ke patut biarkan anak mcm ni ke hulu ke hilir dgn satu beg plastik utk si kecil menyimpan tin2 kosong??" Eish, tak patut langsung, kalau kat tanah air aku..yg selalu buat kerja mcm nie hanyalah Mat Pet yg saja cari pasal utk merosakkan diri dgn najis dadah. Tapi kat Cambodia terbalik plak situasinya. Kitorg pon suruhla local driver kami interview sket si kecil nie..tp masa tu aku tgok Captain aku dh tak senang duduk. Jadi bila dh interview si kecil belum makan sesuap nasi pon dr semalam?? Aduss, kalau ikut tank aku..baru je 8 jam atau miss makan sket mula lah dtg angin satu badan. Respect betul aku kat budak sorg nie. Captain aku dh menunjukkan rasa simpati..beliau pun jemput budak tue duduk dan makan sekali..Peh, mmg sah tak makan ntah dah berapa hari.

<<<>>>

No comments:

Post a Comment